
ISNIN lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuatnaik satu status unik di Twitter @NajibRazak apabila melakukannya dari ibu pejabat Twitter sendiri di San Francisco, California.
Mungkin masih keliru dengan pengalaman berkenaan selain kelelahan akibat jadual lawatan yang padat, Najib telah melakukan satu kesilapan apabila memuatnaik satu lagi status di Twitter, semalam.
Dalam status berbunyi, “Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ” Najib menyatakan dia berada di ibu pejabat Twitter sedangkan dalam gambar yang dkepilkan, beliau berdiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.
Kesilapan itu bagaimanapun segera disedari beliau dan dibetulkan sejurus kemudian.
Memiliki lebih 1.7 juta pengikut dengan rekod lebih 5,000 tweet telah dimuatnaik, Najib diiktiraf oleh Twitter.Com antara pemimpin dunia paling aktif menggunakan media sosial ini.
Selain melawat ibu pejabat Twitter dan Facebook, Najib turut mengunjungi pejabat Google dalam lawatan kerjanya selama tiga hari di San Francisco.
Beliau menyifatkan pengalaman ini sesuatu yang sangat menarik dan membuka mata tentang inovasi budaya. – REM RAMZI


Posting Komentar